Friday, May 10, 2013

PRU 13 2013

Salam Sejahtera Salam Kemesraan

6 hari sudah berlalu PRU 13 Malaysia, harap-harap semua warga Malaysia telah menunaikan tanggungjawab  
mereka masing-masing untuk memilih kerajaan untuk kali ini. Maka dengan rasmi Parti Barisan Nasional (UMNO, MCA & MIC) sekali lagi dapat membentuk kerajaan dengan majoriti 133 : 89 daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan. pakatan Rakyat (PKR, DAP & PAS) berjaya mendapat sebanyak 89 
kerusi. 

https://lh4.googleusercontent.com/-HIQ_sYNTW60/UYcC0OR0IyI/AAAAAAAACmI/N3wwHUXY-BY/s580/Keputusan-rasmi-parlimen.jpg

https://lh5.googleusercontent.com/-ZxZMUMjQ-74/UYcC0KuhQ1I/AAAAAAAACmI/7BqQuOBXni0/s630/keputusan-rasmi-pru-13.jpg



Namun  terdapat banyak perkara yang kurang enak di dengar selepas PRU 13 kali ini kononnya dakwaan pihak pembangkang yang mengatakan bahawa SPR tidak telus. walau apa pun keputusan DSAI selaku ketua pembangkang, kemukakan bukti-bukti kepada pihak berwajib melalui saluran yang betul dan sah, sekiranya anda benar,, rakyat Malaysia yakin akan tiba juga masanya nanti. Cuma buat masa ini, laksanakan janji-janji dalam manifesto di kawasan kawasan yang ditawan.

Keputusan Rasmi Kerusi Parlimen
NEGERIJUMLAH KERUSIBNPASPKRDAPJUMLAH
CLNMTBCLNMTBCLNMTBCLNMTB
PERLIS
333
KEDAH
15101415
KELANTAN
145914
TERENGGANU
8448
PULAU PINANG
1333713
PERAK
241223724
PAHANG
141012114
SELANGOR
22549422
W.P. KUALA LUMPUR
1124511
W.P. PUTRAJAYA
111
NEGERI SEMBILAN
85128
MELAKA
64116
JOHOR
26211426
W.P. LABUAN
111
SABAH
25221225
SARAWAK
31251531
JUMLAH22213321303822


PM Pak Ajib sedar dalam PRU 13 kali ini terdapat gelombang baru, iaitu Tsunami Pengundi Cina melanda dimana rata-rata daripada mereka mengundi PR. Dimanakah silapnya????
Jangan terlalu cepat melatah mengatakan kaum cina rasis, jangan ringan mulut menikam lidah menuduh tanpa berfikir panjang sebaliknya duduk dan berbincang..tubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji dan menyelidik dimanakah silapnya... DAN jangan lupa juga kepada kaum kaum lain seperti INDIA, ORANG ASAL. Jangan hanya berkokok seperti ayam jantan dibawah nama UMNO bertunjangkan Ketuanan Melayu dan mengatakan bangsa lain rasis. Nasib kaum melayu juga diabaikan bila nak mengundi baru jengguk jenguk toleh toleh buat syarat sebelum mengundi. Jangan sudah terhantuk baru terngadah. sekarang tsunami Pengundi Cina, jangan nanti PRU 14 ada tsunami kecil-kecilan bila bertembung menjadi el-nino tsunami besar-besaran.
Keputusan Rasmi DUN Setiap Negeri
NEGERIJUMLAH KERUSIBNPASPKRDAPSTARJUMLAH
CLNMTBCLNMTBCLNMTBCLNMTBCLNMTB
PERLIS
15131115
KEDAH
362194236
KELANTAN
451232145
TERENGGANU
321714132
PULAU PINANG
40101101940
PERAK
5931551859
PAHANG
423032742
SELANGOR
561215141556
W.P. KUALA LUMPUR
W.P. PUTRAJAYA
NEGERI SEMBILAN
362231136
MELAKA
28211628
JOHOR
5638411356
W.P. LABUAN
SABAH
604874160
SARAWAK
JUMLAH5052758549951505
CLN- Calon Yang Menang
Update 8.28 Pagi: Barisan Nasional (BN) berjaya meneruskan pemerintahan di peringkat pusat dengan memperoleh 133 kerusi Parlimen
BN: 133, PAS: 21, DAP: 38, PKR: 30
 


Saya percaya dengan Transformasi yang ingin dibawa oleh Pak Ajib, CUMA beliau perlukan tunjang yang kuat, teguh dan bersatu bagi bekerja bersama-sama untuk membela nasib rakyat dan membangunkan negara  menuju tahun 2020 untuk menjadi negara maju. Berdirilah di belakang Pak Ajib memberikan sokongan dan bukannya berdiri di sebelah beliau dengan lagak kau jualah Pemimpin negara..ini kerana Pemimpin hanyalah SATU barulah negara bersatu dibawah satu naungan, satu suara dan satu MALAYSIA ;-) 

Terima kasih jua kepada PR kerana berjaya membuka mata dan telinga rakyat serta Kerajaan juga dimana terdapat perkara perkara yang kita tidak ketahui sebelum ini dapat kita ketahui. selepas ini bergerak lah bersama sama dalam membangunkan negara dan menjaga keharmoniaan yang sedia ada. manfaatkan mandat yang diberikan rakyat dengan sebaiknya. mudah-mudahan.

Salam Perpaduan. 


3 comments: