Wednesday, July 18, 2012

KEHILANGAN ORANG TERSAYANG

18.6.2012
7.15 AM
KG LIMBAHAN, TASEK BERA

Tepat pukul 7.15pagi, nenek aku menghembuskan nafas yang terakhir di pangkuan anak-anak serta cucu-cucu beliau.
aku tak mampu menahan sebak di dada melihat perginya seorang yang sangat berjasa dalam keluarga kami.
semoga pemergian beliau dirahmati dan dicucuri rahmat yang Esa.










BRAIN PART

download here


Sunday, May 27, 2012

PGED MARA IIUM 2012 SEM 4

wah, im so excited ..hehehe..dah nak start belajar semula :-)
excited la sangat.. tak tahu la macam mana aku nak mengadap UIA dalam tempoh dua minggu. so sebelum aku masuk kelas, sempat la balik kampung jenguk-jengguk nenek aku yang sakit. agak terkejut dengan keadaan uwek (nenek) yang betul-betul berbeza tak sama seperti yang aku jumpa bulan 2 (februari) keadaan uwek semakin tenat. (kadang-kadang aku tak tertahan air mata. aku harapkan semoga uwek cepat sembuh daripada sakit.

semester kali ini, aku cuba yang terbaik utk x skip kelas.. last sem la katakan, so kena la semangat lebih daripada sem-sem yang lain. bersyukur sebab dapat duduk BMI. bukannya apa, nanti senang kalau nk berurusan dengan kawan-kawan yang lain.

rasanya, that all untuk kali ini.. bye.. selamat BER dip EDU.

Friday, May 18, 2012

MARA ON BOARD 2012

TARIKH    : 13HB - 16HB MEI 2012
TEMPAT    :  PUSKEP LENGGONG
PESERTA  : 108

baru-baru ini MARA BSM (bahagian Sumber Manusia) telah menganjurkan satu program yang dipanggil MOB untuk guru-guru baru (DC/DG 41) dan aku turut terlibat sekali dalam program kali ini, bezanya aku bertuah kerana dipanggil sebagai fasilitator/jurulatih bagi mengendalikan program ini bersama rakan-rakan yang lain.

aku rasa terharu kerana diberi kepercayaan untuk menggendalikan program MOB, terharu kerana pengalaman aku juga tidak la seluas rakan-rakan jurulatih yang lain, namun aku cuba memberikan yang terbaik kepada bakal guru-guru mara yang baru

harap-harap perkongsian ilmu dan pengalaman dapat dijadikan pedoman untuk peserta-peserta kali ini. program MOB merupakan program julung kali yang diadakan BSM bagi memantau performance cikgu-cikgu baru secara berterusan selama setahun. pencerapan akan dilakukan setiap 6 bulan sekali di pusat masing-masing. 

tujuan program ini diadakan di peringkat PUSKEP adalah bertujuan untuk membentuk kekuatan fizikal dan mental bakal cikgu-cikgu baru sebelum menempuh alam pekerjaan sebagai guru kelak. selain daripada itu, pihak BSM menuntut supaya peserta dapat menyemai kecintaan terhadap MARA. (branding MARA)

secara personal, aku rasa berpuas hati dengan program kali ini kerana peserta dapat memberikan comment dan feedback yang positive.. selain daripada itu kelakuan dan tingkah laku peserta juga menunjukkan petanda yang baik. akhir kata, selamat berjaya kepada rakan-rakan yang bakal join MARA.



SAFIQ,HAKIM,DYA,MIMI,LYANA

WAWA,ILI,MIJA,MIMI 1

SYUK,PEJA,DIN,JIB,ZAM,SYAH,ACIK DEPAN (BSM)

SESI BERGAMBAR PESERTA MOB

Wednesday, May 16, 2012

KURSUS ASAS AKREDITASI SENAM AEROBIK

TEMPAT      :     TIARA BEACH RESORT, PORT DICKSON
TARIKH      :     23HB - 26HB APRIL 2012
PESERTA    :     40 ORANG

bermacam-macam perasaan yang timbul dalam benak fikiran aku bila dapat surat daripada HQ yang mana aku kena pergi kursus aerobik kt PD. Yang pertama sekali mestilah rasa gembira, pastu rasa macam kelakar pun ada, macam-macam ada. ASTRO

bermulalah kursus, malangnya peserta lelaki 8 orang sahaja. pening gak kepala kami nak masuk di kalangan guru perempuan..tp bak kata instruktor kami Dr.Mastura..hentam sajalah.
kt sana banyak juga perkara yang aku pelajari, antaranya belajar macam mana nak daptkan upbeat dalam sesuatu lagu..pastu mula kira para (phrase) dalam satu blog, belajar serba sedikit koreografi dan cara memberi arahan ketika dihadapan.

Maka, jadi gila sekejap sepangjang program aerobik ni. nak pergi makan pun kira step, nak mandi kira step juga...boleh kata setiap perbuatan asyik nak kira  je..macam mana nak kira ..camni haaa... 1,2,3,4,5,6,7,8 
2,2,3,4,5,6,7,8
3,2,3,4,5,6,7,8
4....3....2....1...

Anyway, Thanks kt kitaorang punya instruktor.. Dr.Mastura, YM Raja Badariah dan Bell
u all memang best.. cuma aku je yang lambat nak catch up dengan music ni..hehehe
kat bawah ni aku letak sedikit pic sepanjang program... tak sabar tunggu untuk kursus aerobik level satu

peserta senam robik


KEJOHANAN OLAHRAGA DAN BALAPAN INTER MRSM, ZON TIMUR 2012

TARIKH : 12HB - 15HB MEI 2012
TEMPAT : MRSM BESUT, KUALA TERENGGANU

PUNGUTAN PINGAT : 10 EMAS, 7 PERAK, 5 GANGSA

JOHAN KESELURUHAN MENENGAH RENDAH

OLAHRGAWAN MENENGAH RENDAH : MUHAMMAD SYAWAL ABD RAZAK

irwan (lompat kijang)

syahrain (lompat tinggi)

800 meter bawah 13 tahun

haliza 800 meter

iman najwa, cgu farhana, syahrain dan ain kecik

syahmiza 800 meter

iman 100 meter emas

masih mampu tersenyum wp kepenatan (syahmiza dibantu ain)

nik najhah kesakitan..

izzatul 4x400 meter

haliza last runner 4x400 meter

irwan 4x400meter

mula memecut

hafiz 4x400 meter

syawal..membuka langkah bergaya

lukhman finishing line 4x400 meter

kontigen mrsm gerik berarak masuk

gembira selepas tamat semua acara

ada style...usain bolt

4x400 meter bawah 13tahun..emas

4x400 & 4x100 bawah 15 emas

olahragawan b15 muhd syawal

berpanas...huhuhuhu..saat-saat mendebarkan..tggu keputusan

wajah olahragawan b15

syahmiza,hudawiyah,amila,ummi,adriana
defending champion..MARESMAG 2012..



Monday, April 16, 2012

MY X-STUDENTS

12 - 15/4/2012


baru-baru ni, aku bawa budak maktab aku pg kejohanan olahraga peringkat zon timur kat Besut
so,terserempak lah dengan x-students waktu MARESMAG, ada yang bekas anak homeroom aku.. (agak terkejut gak dia masuk olahraga) rasa bangga pun ada,tgk anak homeroom lari.. :-) si Hasanah ni, budak pandai..dulu kt maktab dia BWP. si Amalina ni pulak,anak Homeroom aku juga,and mmg aktif olahraga. 
pastu ada la si syasya dengan si Auni sekali.yang ni mmg bekas budak olahraga aku. tak sia-sia aku bawa diaorang dulu, at least diaorang berjaya kekalkan minat dalam bidang kokurikulum..tahniah.. sempat la bersembang-bercerita-tanya khabar yang lain. pesanan daripada cikgu, teruskan usaha murni anda semua, pasti kejayaan menyusul nanti. 

auni,syasya,hasanah

auni,amalina,hasanah

amalina & syasya



Friday, April 6, 2012

APRIL FOOL

7.4.2012

Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur menaiki bas Maktab :-)
kadang-kadang seronok jugak dapat balik sama-sama dengan budak-budak maktab. 
Apa yang paling penting sekali ialah objektif utama tercapai iaitu sampai ke destinasi yang dituju..my sister house..lagoon perdana,sunway

Thanks to Mr.Mail and Nazwan kerana kesudian mereka tumpangkan aku sekali dan hantar kt depan UM.
Bila tengok pintu masuk UM,teringat mula-mula aku datang nk register dulu... bukan main jauh lg aku menapak daripada stesen kerinchi, dengan beg besar,cuaca panas terik..tp berbekalkan semangat nak belajar aku gagahkan juga diri untuk terus maju ke depan. Akhirnya jadi orang juga aku sekarang ni. 

kadang-kadang terfikir juga macam nak revise semula masa ..tp confirm la semua tu diluar kemampuan aku 
sebagai manusia biasa. betul la kata orang, "kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada hari ini,dan terus 
bekerja kuat untuk hari esok"
Jadi, aku pun kena buat juga sesuatu perkara yang aku inginkan dengan penuh ketekunan dan keyakinan.
good Luck Loyod..come on..let make your dream come true.. what is your dream bro"??? 
tut tut tut tut tut tut 




Sunday, March 4, 2012

GLORIOUS COME AGAIN 2012


KEJOHANAN OLAHRAGA DAN BALAPAN MSSD HULU PERAK 2012

TEMPAT      :    SM TEKNIK GERIK
TARIKH      :     1-3/3/2012
MASA         :      8.30AM - 4.30PM

Baru-baru ini telah berlangsung satu kejohanan olahraga dan balapan peringkat MSSD Hulu Perak, jadi  sekolah aku tak terkecuali daripada menyertai pertandingan tersebut. persiapan kali ini agak kelam kabut sebab sukan daerah jatuh pada tarikh yang sama dengan kejohanan olahraga di sekolah.. jadi kena la buat dua kerja dalam satu masa.. tapi semua itu tak menjadi penghalang untuk aku melaksanakan tugas dengan baik.. macam aku cakap kat atlet-atlet aku, " orang yang berjaya adalah orang yang berusaha berkali ganda daripada orang lain" dan aku harap diaorang semua selalu sematkan didalam hati masing-masing.

cuma kadang-kadang aku risau bila tengok persiapan diaorang ni yang macam acuh tak acuh, jadi aku ni selalu la turun padang yang tak best sekali bila aku terpaksa membebel..hehehe..yela,nak juga tengok atlet-atlet aku ni naik podium ambil medal... bangga kalau diaorang berjaya...

ok la..kat bawah ni senarai atlet-atlet aku.. terima kasih atas komitmen yang kamu semua berikan...

lelaki
1.LUKHMAN    2. SYAWAL   3. AL HAFIZ    4.  IRWAN   5. RAZIN  6. ISMAIL 7. SAIFUL  8. ADIB  AZFAR   9.  FARHAN   10. IQBAL

perempuan
1.IMAN NAJWA  2. NATASYA  3. ALIA BAKTI  4.  AMILA DAUD 5. ADRIANA PAKHRI      6.HALIZA HALIM  7. HANI NABILAH  8. NAJIHATUL 9. IZZATUL 10. SYAHRAIN 11. ZULAIKHA 12. ANIQAH PUZI

KEPUTUSAN AKHIR

1. MRSM GERIK         EMAS   14   
                                      4X100 METER P15 (IMAN,TASHA,ALIA,NAJHAH,ANIQAH)
                                      4X100 METER L15 (SYAWAL,LUKHMAN,HAFIZ,RAZIN,MAIL)
                                      4X400 METER L15(SYAWAL,LUKHMAN,HAFIZ,IRWAN,FARHAN)
                                      100 METER L15 (SYAWAL)
                                      100 METER P15 (IMAN NAJWA)
                                      200 METER L15 (SYAWAL)
                                      200 METER P15 (IMAN NAJWA)
                                      400 METER L15 (SYAWAL)
                                      400 METER P14 (ALIA BAKTI)
                                      800 METER L15 (LUKHMAN)
                                      LOMPAT JAUH L15(IRWAN)
                                      LOMPAT KIJANG L15 (IRWAN)
                                      LOMPAT KIJANG P15 (SYAHRAIN)
                                      LONTAR PELURU L14 (ADIB AZFAR)

                                    PERAK  4
                                    1500 METER P15  (AMILA DAUD)
                                     400 METER L14   (ISMAIL FATIH)
                                     200 METER L15   (AL HAFIZ)
                                     100 METER P14 (TASYA)  
                                 

                                 GANGSA 6
                                 3000 METER TERBUKA (AMILA DAUD)
                                 4X400 METER P15 (AMILA,HALIZA, IZZATUL, ALIA)
                                 LEMPAR CAKERA L15 (ADIB AZFAR)
                                 LONTAR PELURU P15 (HANI NABILAH)
                                 LONTAR PELURU P14 (ZULAIKHA)
                                 LOMPAT JAUH P15 (IMAN NAJWA)
                                 LOMPAT KIJANG B15 (FIRDAUS FARHAN)

SYAWAL MOHD RAZAK telah dinobatkan sebagai olahragawan B15 (5 emas)
IMAN NAJWA MOHD ARFAH telah dinobatkan sebagai olahragawati B15 (3emas 1 gangsa)

MRSM GERIK johan kategori bawah 15 (14 EMAS 4 PERAK 6 GANGSA )

MRSM  GERIK TELAH DINOBATKAN JOHAN KESELURUHAN (14 EMAS 4 PERAK 6 GANGSA)

TAHNIAH KEPADA SEMUA PENYUMBANG PINGAT...JASAMU AMAT DIHARGAI..

mereka semua akan meneruskan perjuangan ke kejohanan peringkat negeri Perak,awal bulan April dan seterusnya ke kejohanan olahraga dan balapan peringkat zon timur di Terengganu, sekiranya berjaya.. perjuangan akan berlanjutan sehingga peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Langkawi.. LANGKAWI..TUNGGU KAMI DISANA... AMIN...AMINN....

zulaikha n hani (atlet lontar peluru)

aniqah puzi ( spike keeper)

atlet-atlet wanita maresmag

wajah bangga berjaya menamatkan larian 3000 meter.

jump for victories ... 4x100 m gold medalist

iman najwa 100m,200m,4x100m (gold medalist)

masih sempat mengulangkaji pelajaran..nama pun budak-budak pandai..smart..

4x100 m gold medalist berdiri : syawal,razin,lukhman,hafiz duduk:najhah,tasha,alia,iman


sokongan penuh daripada mama : puan maimun

selepas bertarung 200m final. syawal emas,hafiz perak

4x400m bronze medalist : alia,haliza,amila,izzatul (congratz)

                   dp belakang:Najhah,aniqah,alia,zulaikha,izzatul,adriana,                                                                                                syahrain,najihatul,amila,tasha,iftiqar,adib,syawal,alai,mail,irwan,lukhman,saiful                                                                 duduk:loy sensei,iman,hafiz,iqbal,farhan,razin,hani,haliza

johan keseluruhan kejohanan olahraga dan balapan MSSD Hulu Perak 2012


sambutan daripada Mama( TPKOQ) di MRSM Gerik