Friday, May 18, 2012

MARA ON BOARD 2012

TARIKH    : 13HB - 16HB MEI 2012
TEMPAT    :  PUSKEP LENGGONG
PESERTA  : 108

baru-baru ini MARA BSM (bahagian Sumber Manusia) telah menganjurkan satu program yang dipanggil MOB untuk guru-guru baru (DC/DG 41) dan aku turut terlibat sekali dalam program kali ini, bezanya aku bertuah kerana dipanggil sebagai fasilitator/jurulatih bagi mengendalikan program ini bersama rakan-rakan yang lain.

aku rasa terharu kerana diberi kepercayaan untuk menggendalikan program MOB, terharu kerana pengalaman aku juga tidak la seluas rakan-rakan jurulatih yang lain, namun aku cuba memberikan yang terbaik kepada bakal guru-guru mara yang baru

harap-harap perkongsian ilmu dan pengalaman dapat dijadikan pedoman untuk peserta-peserta kali ini. program MOB merupakan program julung kali yang diadakan BSM bagi memantau performance cikgu-cikgu baru secara berterusan selama setahun. pencerapan akan dilakukan setiap 6 bulan sekali di pusat masing-masing. 

tujuan program ini diadakan di peringkat PUSKEP adalah bertujuan untuk membentuk kekuatan fizikal dan mental bakal cikgu-cikgu baru sebelum menempuh alam pekerjaan sebagai guru kelak. selain daripada itu, pihak BSM menuntut supaya peserta dapat menyemai kecintaan terhadap MARA. (branding MARA)

secara personal, aku rasa berpuas hati dengan program kali ini kerana peserta dapat memberikan comment dan feedback yang positive.. selain daripada itu kelakuan dan tingkah laku peserta juga menunjukkan petanda yang baik. akhir kata, selamat berjaya kepada rakan-rakan yang bakal join MARA.



SAFIQ,HAKIM,DYA,MIMI,LYANA

WAWA,ILI,MIJA,MIMI 1

SYUK,PEJA,DIN,JIB,ZAM,SYAH,ACIK DEPAN (BSM)

SESI BERGAMBAR PESERTA MOB

No comments:

Post a Comment