Friday, July 5, 2013

BANGLA O BANGLA

Pagi pagi lagi aku keluar ke pekan Grik sebab nak pergi ke klinik panel (Klinik Dr.Azhar & rakan-rakan) huh, ramainya orang tak usah cakap la.. aku ingatkan aku dah awal, rupa rupanya ramai lagi orang dah tunggu giliran nak jumpa doc. kesimpulannya, datang la awal lagi..kalau tak pun jangan jatuh sakit lagi..hehe.. tp itu kuasa tuhan kan, tak siapa pun dapat nak halang.. 

sebenarnya aku nak citer ni kisah mat Bangla, ..pas pergi klinik tu aku terus la pergi ke Maybank nak withdraw duit.. kena beratur juga ...adeiii..ramai pulak tu..kat depan aku ni ada la sorang mat bangla beratur sama.. bila sampai turn dia, agak lambat sikit..aku ingtkan dia ni ada masalah dengan kad atau pun dia tak paham nak baca macam mana.. aku pun try la intai intai kt screen ATM, kot kot aku boleh tolong dia kan..

terkejut beruk aku tengok account dia.. :-& 
ada RM 11'890.00 kot. huh,,, memang terkejut juga la kan.. bagi aku jumlah yang ada dalam account dia tu agak besar..yela,,dia tu bangla duduk kt grik..xkan la dia pengurus besar ladang kan... berbanding dengan aku,,keje gov. gaji lagi besar dp dia ,,tp saving dalam account pun xda byk macam bangla tu..
memang aku respect la bangla tu..dia withdraw 1'500. pastu terus dia pg kt deposit machine,mgkin dia nak hantar duit kt kg halaman dia kot.. 
Otw aku balik tu,aku berpikir... kalau la bangla tu boleh simpan duit atau ada duit byk tu dalam account.. kenapa aku ni orag tempatan.. keje lebih baik daripada mat bangla tu,, xdapat nak buat.. ermmmm...
aku dapat jawapan dia.. hehehe

1. aku ni xpernah merasa tekanan kewangan yang begitu kuat mcam mat mat bangla tu rasa.
2. aku rasa selesa dengan apa yang aku ada sekarang..
3. kerja aku x seberat kerja diaorang..jadi kadang kadang aku xtau nak hargai apa yang aku dapat hasil daripada titik peluh aku sendiri.
4. aku dah mula hilang fokus dalam perancangan jangka masa panjang yang aku tetapkan sebelum ini.
5. aku selalu leka dengan perkara remeh temeh yang sepatutnya aku ketepikan dulu.
6. aku lebih utamakan keinginan daripada keperluan.

so, daripada apa yang aku kenal pasti semasa perjalanan balik tu..aku kena cipta satu formula..mcam mana nak kurangkan seterusnya mengatasi masalah masalah diatas.. tp satu kekuatan yang ada dalam diri aku.. aku selalu percaya dengan kemampuan diri aku sendiri..  Salam.

No comments:

Post a Comment