Monday, February 20, 2012

GOD, SAVE MY GRANDMA

Seperti kebiasaan, lepas latihan petang di padang aku akan balik rumah dan check phone.
Bila aku check,tengok ada 3 missed calls,satu daripada ben dan 2 daripada bapak aku, (orang tua aku ni jarang-jarang call sampai dua kali kalau tiada hal penting. tanpa berlengah,aku pun dialled semula..tut..tut..tut
perkara biasa la aku buat tanya khabar mak bapak aku..pastu keluar la soalan "kenapa bapak called td"
terkejut juga aku dibuatnya,bila dia bagitau nenek aku masuk hospital akibat sesak nafas.. tiba-tiba dunia aku seperti kosong.. kali terakhir aku jumpa nenek aku tahun lepas,2011..waktu tu pun keadaan nenek kurang sihat

......bapak aku cakap nenek sekarang ni tak sedarkan diri dan bernafas guna bantuan oksigen je.  Sedih bila aku dengar berita yang kurang enak di sampai ke gegendang telinga aku ni. aku cuba tenangkan diri dan bermohon kepada tuhan supaya masih ada ruang untuk nenek aku di dunia yang sementara ini. aku bercadang untuk ambil cuti, untuk melawat nenek yang berada di hospital Besar Temerloh. Jadi aku pun deal la dengan kakak dan adik aku untuk pergi sekali.

semalam bapak aku call semula,dia bagitau keadaan nenek dah kembali stabil, dia dah mula sedar dan boleh makan seprti biasa. lega,lapang,tenang hati aku dengar berita yang sangat baik untuk aku. mungkin tuhan bagi aku ruang untuk berjumpa nenek. perasaan bersalah ada dalam diri aku bila aku xdapat nak ambil cuti., bersalah dengan kakak dan adik aku sebab dah deal sama-sama,akhir sekali aku yang tak dapat pergi. tadi emak aku pun call,dia ingat aku balik hari ini,tapi sebaliknya..aku dah jelaskan kenapa aku tak dapat balik.
Yang paling penting, Nenek aku kena tau, doa-doa daripada cucu dia tetap bersama dengan nenek. kami inginkan kesihatan dan kebahagiaan untuk nenek.

LOVE U MY GRANDMA ... 
 
 

Monday, February 13, 2012

                             KEJOHANAN MERENTAS DESA,HULU PERAK
                  11 FEBRUARI 2012,MRSM P.HULU

Baru-baru ni, aku hantar atlet aku pergi kejohanan merentas desa peringkat daerah Hulu perak di MRSM Pengkalan Hulu.
kali ini adalah percubaan pertama aku dalam merentas desa, so takde target yang tinggi, nak support penyertaan.

Atlet-atlet aku ni memang ada training, walaupun diaorang ada curi-curi tulang, tp training still on cam biasa. kesian kt diorang semua sebab cuaca panas sekarang ni, harap-harap kesihatan diorang boleh maintain.


keputusan : lelaki B-15
Muhammad Syawal razak                           No.4
Nur Firdaus Farhan                                    No.6
Muhammad Asrul                                       No. 12
Lukhman Hakkim                                       - - - - -


                   Perempuan B-15
Amila Daud                                                No.4
Nur Ain                                                      No.5
Adriana Pakhri                                           No.8
Hani                                                          No.22
Nurhaliza                                                   No.28


Peserta yang mendapat tempat 1-8 layak mewakili daerah Hulu perak untuk pertandingan Merentas Desa Peringkat Negeri Perak yang akan diadakan di Perak Tengah pada 17,18 Februari. Good luck to all of u. :-)

wajah-wajah ceria selepas menamatkan larian

sedih dan gembira, ada menang ada kalah :-)

berdiri : farhan,asrul,syawal,lukhman duduk: ain,amila,adriana,haliza,hani







Sunday, February 5, 2012

HOWARD WEBB KILL THE BLUES AGAIN

CHELSEA VS ^MANCHESTER UNITED 5.02.2012^ STAMFORD BRIDGE




Lama jugak nak tunggu pukul 12 malam, terpaksa bersengkang mata semata-mata nak tgk game BPL
Almaklumlah game melibatkan gergasi BPL CHELSEA Vs Man United
  Bila keluar je starting list, chelsea turunkan ramai player baru.. 
Luiz,Meireles,Sturiddge, cahill, Mata
ada ramai gak kuda tua,Essien,bosingwa,ivanovic,cech,torres, Malouda, 
Man United .. De Gea,
Ferdinand,Evra,Evan,Rafael
Carrick, Scholes, Valencia, Young
rooney,Wellbeck

hahahaha..tau sebab apa aku ketawa..bila tgk referee  (HOWARD WEBB)
so far,tgk pada previous game kalo Chelsea Man u..memang si Howard ni selalu je buat hal
aku pun harap-harap la game kali ni lebih fair and square bagi memastikan kualiti BPL sentiasa 
berada di puncak

bukan main seronok lagi bila Chelsea score 3 gol tanpa balas.. :-) 
tgah seronok meraikan kebangkitan Chelsea yang ibarat harimau Luka, PRIITTTTTTTTTT>..
wisel dp mulut Howard Webb..Penalti... OUCHHHHH.... come on...  the are no contact to Wellbeck. he bring his body down.. mungkin si Howard Webb ni kesian tengok Man united Kena tinggal 3-0.so dia bagi la simpati..penalti...
dengan muka bangga Si Rooney pergi ambil bola..nak sepak penalti..dengan fesyen rambut baru kan ..:-)

Game on......play... cam biasa la Chelsea serang,man united bertahan..dan melancarkan serangan balas
dapat bola kat kaki Wellbeck, try nak gelecek kt D box,tp x lepas..Cahill yang defend..mmg la susah Wellbeck nak lepas..agak2 xboleh lepas,Wellbeck pun sepak (ala-ala buat tersangkut) kaki Cahill.. PRITTT
dengan muka x bersalah Howard Webb buat keputusan yang bodoh sekali lagi... PENALTI

Howard Webb.. Howard Webb.. Howard Webb

dah 23 tahun kau jadi profesional referee..tp kenapalah ko xdapat nak buat keputusan yang betul.. dah la bekas polis..patotnya lagi la pandai nak bt investigation gituuuuuuu...hahaha
kau betul2 membunuh game chelsea malam td..seperti biasa..man united always lucky..and the blues..malang 
sudah jatuh ditimpa tangga.. HOWArd Webb Punca..PUNCA>>>
apa pun..congratz to Chelsea And AVB kerana boleh proved something..sekurang-kurangnya CHelsa masih berada di kelas tersendiri..

Howard...Webb.... please.. be more professional.. ini satu pesanan..bukan ugutan :-)
ermmmmm.. no comment


   



botak botak botak