Monday, July 8, 2013

NTV7 Feel Good Run 2013

NTV7 FEEL GOOD RUN 2013                  


Sri Pentas, Bandar Utama
7 JULY 2013.

Hai, everyone. How do you feel today? if u do good, u will feel good ;-)Begitu la kan, kalau kita buat benda yang bagus atau yang baik, kita akan rasa puas, seronok dan hasilnya juga menakjubkan. macam tu la juga aku baru-baru ni, joined Ntv7 feel good run 2013 yang diadakan di sri pentas, bandar Utama, Damansara dengan Eyemeria & ermashah. Nak bangga sikit, aku lari 15km, Eyemeria & erma lari 7km,,walaupun larian ni charity tp aku try push to limit.sebab aku dah lama sangat tinggal untuk long distance. Bila dah mula lari tu rasa macam seronok je, tp bila dah sampai kt refreshment zone (4km) terasa juga letih. rasa mcm dah 7 km,ermmmm... paham-paham jela kan bila dah mula kira berapa Km maksudnya mental dan mula goyang..tp aku try nak set mind aku nak lari non stop 1 hour..berjaya juga aku akhir lari non stop 1 hour sampai ke 9km. kaki dah mula rasa lemah, otak dah dapat macam2 arahan dan signal...kadang2 macam nak stop je pun ada.. tapi aku gagahkan diri sampai la ke 11 Km.baru la aku continue dgan jalan kaki...1 Km juga beb.. penat kot... kalau ada geng, mmg aku jalan sampai finishing line..tp kali ni kena lari sorang-sorang.. nak xnak kena sambung semula ...come on loy bro, 3KM left, u can make it..do good feel good ;-) 

Eyemeria dah janji dengan aku nak tggu kt finishing sambut aku dengan air..haha..teringatkan air aku pun increase pace aku.. motivasi beb..badan dah kering.. yeahhhhh... sampai juga.. padahal penat teramat sangat, tp bila ada camera man and ramai org terpaksa la buat-buat muka x penat and x rasa apa-apa..kelakar je...
seronok gak lari ni..bila tgk macam macam ragam orang, yang paling aku suka tgk bila ada org yang badan dia besar,,tp determination diaorang nak hbiskan larian tu..so aku yang elok xda masalh apa-apa takkan tak boleh buat lebih baik drp diaorang kan... Kuat lg loy bro... hopefully  aku dapat maintain  join running event to keep my fitness level. 
starting point, TV3
No Admitted
dato KJ

cheer up

runners 2013

running Buddies 

Represented Semelai Youth


Friday, July 5, 2013

BANGLA O BANGLA

Pagi pagi lagi aku keluar ke pekan Grik sebab nak pergi ke klinik panel (Klinik Dr.Azhar & rakan-rakan) huh, ramainya orang tak usah cakap la.. aku ingatkan aku dah awal, rupa rupanya ramai lagi orang dah tunggu giliran nak jumpa doc. kesimpulannya, datang la awal lagi..kalau tak pun jangan jatuh sakit lagi..hehe.. tp itu kuasa tuhan kan, tak siapa pun dapat nak halang.. 

sebenarnya aku nak citer ni kisah mat Bangla, ..pas pergi klinik tu aku terus la pergi ke Maybank nak withdraw duit.. kena beratur juga ...adeiii..ramai pulak tu..kat depan aku ni ada la sorang mat bangla beratur sama.. bila sampai turn dia, agak lambat sikit..aku ingtkan dia ni ada masalah dengan kad atau pun dia tak paham nak baca macam mana.. aku pun try la intai intai kt screen ATM, kot kot aku boleh tolong dia kan..

terkejut beruk aku tengok account dia.. :-& 
ada RM 11'890.00 kot. huh,,, memang terkejut juga la kan.. bagi aku jumlah yang ada dalam account dia tu agak besar..yela,,dia tu bangla duduk kt grik..xkan la dia pengurus besar ladang kan... berbanding dengan aku,,keje gov. gaji lagi besar dp dia ,,tp saving dalam account pun xda byk macam bangla tu..
memang aku respect la bangla tu..dia withdraw 1'500. pastu terus dia pg kt deposit machine,mgkin dia nak hantar duit kt kg halaman dia kot.. 
Otw aku balik tu,aku berpikir... kalau la bangla tu boleh simpan duit atau ada duit byk tu dalam account.. kenapa aku ni orag tempatan.. keje lebih baik daripada mat bangla tu,, xdapat nak buat.. ermmmm...
aku dapat jawapan dia.. hehehe

1. aku ni xpernah merasa tekanan kewangan yang begitu kuat mcam mat mat bangla tu rasa.
2. aku rasa selesa dengan apa yang aku ada sekarang..
3. kerja aku x seberat kerja diaorang..jadi kadang kadang aku xtau nak hargai apa yang aku dapat hasil daripada titik peluh aku sendiri.
4. aku dah mula hilang fokus dalam perancangan jangka masa panjang yang aku tetapkan sebelum ini.
5. aku selalu leka dengan perkara remeh temeh yang sepatutnya aku ketepikan dulu.
6. aku lebih utamakan keinginan daripada keperluan.

so, daripada apa yang aku kenal pasti semasa perjalanan balik tu..aku kena cipta satu formula..mcam mana nak kurangkan seterusnya mengatasi masalah masalah diatas.. tp satu kekuatan yang ada dalam diri aku.. aku selalu percaya dengan kemampuan diri aku sendiri..  Salam.

SUKANUN 2013

KEJOHANAN     : SUKANUN 2013
VENUE                : UNIMAP, PERLIS
DATE                   : 24 jun - 4 Julai 2013

Sukanun kali ini diadakan di negeri perlis Indera kayangan dimana Unimap merupakan pengelola kejohanan.
MARA turut menghantar kontingen dalam beberapa sukan seperti futsal, bola sepak 9 sebelah, bola jaring, sepaktakraw, bowling, karom , boling padang dan badminton. 

Pungutan pingat untuk kali ini sangat mngecewakan kerana kontigen MARA gagal membawa pulang sebarang pingat. kejayaan paling besar dicapai oleh pasukan futsal apabila layak ke peringkat separuh akhir.

Walau bagaimana pun sekalung ucapan tahniah diberikan kepada semua atlet-atlet yang mencuba sedaya upaya untuk mengharumkan nama MARA di dalam sukan badan berkanun, terima kasih juga pada pihak KSRM yang bertungkus lumus dalam membuat persiapan daripada segi teknikal sebelum semasa dan selepas pertandingan. Berkat usaha sama, kita akan membawa cabaran MARA dalam SUKANUN akan datang dengan kejayaan yang lebih baik dari yang kita berikan kali ini.. AYUH MARA...





berdiri belakang: daus 9manager) awe, zam, zizi, zack, wadi , rafdi (coach)
tunduk depan : adi, zaini, bali, loyod

berdiri belakang: daus 9manager) awe, zam, zizi, zack, wadi , rafdi (coach)
tunduk depan : adi, zaini, bali, loyod


Thursday, July 4, 2013

GURKA

Tarikh         :     14 - 16 Jun 2013
Tempat       :     MRSM Felda Trolak, Perak.

Sukan Guru dan kakitangan bahagian utara yang diadakan di MRSM Felda Trolak selesai melabuhkan tirai dengan jayanya..sekalung ucapan tahniah diberikan kepada tuan rumah kerana berjaya menganjurkan kejohanan dengan begitu baik sekali, teruskan kecemerlangan pada masa akan datang.

Kontigen MRSM Gerik ...ermmmm.. hehehe..berjaya merangkul dua pingat Emas sahaja untuk edisi kali ini melalui acara congkak (Kak Fizah & Kak Nora) atlet terbaik tahun 2013 MRSM Gerik dan bola Jaring. Turut menyumbang pingat,acara bola tampar (Gangsa) Bola sepak (Gangsa) 

Acara acara lain. Sepaktakraw (suku akhir) petanque (pusingan awal) catur dam haji Squash 

Tahun depan MRSM Gerik akan kembali dengan lebih garang lagi.. Team lain..pastikan anda bersedia lebih awal..haha..kalau tidak..bakal menjadi mangsa MRSM Gerik yang seperti Harimau kelaparan..haha..salam..

Gambar-gambar semasa kejohanan (maaf sebab ada pic.bola je, yang lain xda sumber) 

Ikmal Hisyam bersama mr.loy bro

menonton perlawanan akhir antara Felda & Pasir Salak

pasukan bolasepak MRSM Gerik 2013

kepuasan terserlah di wajah pemain-pemain selepas mendapat pingat